Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Sabtu, 16 Oktober 2010

"Cahaya Syurga"


Betapa kita melihat keredhaan Allah dan memasuki syurga merupakan impian dan matlamat setiap mukmin atau mukminat. Jika seseorang meninggal dunia lalu memperoleh keredhaan Allah, bergembiralah dengan kebaikan yang bakal diperolehi.

Betapa syurga itu dipenuhi segala macam kenikmatan abadi yang tak pernah dilihat dek mata dan tak pernah didengar oleh telinga. Malah tak pernah terfikir oleh sesiapapun tentang kenikmatannya.

Semua permintaannya dikabulkan dan apa sahaja yang dinginkan pasti diperolehi. Tiada apa yang meresahkannya kerana dia telah menjadi tetamu Allah yang Maha Penyayang.

***

Janji Allah dalam qalamNya yang bermaksud:
Dan kamu akan beroleh(pada hari akhirat) apa yang diingini oleh nafsu kamu serta kamu akan beroleh apa yang kamu cita-citakan untuk mendapatkannya.(Pemberin-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”-(Surah Fussilat:31)

Antara kenikmatan yang bakal diperolehi oleh kaum laki2 adalah bidadari syurga dan begitu juga kaum wanita yang akan memperoleh kenikmatan sama yang abadi.

***
Beberapa sifat bidadari dan kenikmatan syurga antaranya;

I-“Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya”- Surah al-Waqi’ah : 22-23

II- “Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata yagut dan permata marjan”- Surah Al-Rahman: 58

III- “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa dan Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya”- surah al-Waqi’ah : 35-37

IV- “Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik paras rupanya.”- Surah al-Rahman : 70

V- Allah mengabarkan bahwa mereka sebagai suci bersih
“Dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya”- Surah al-Baqarah : 25

VI- Allah menyifatkan bahwa bidadari memberikan perhatian hanya kepada suami mereka melalui firmanNya:
“Di dalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu(kepada mereka semata-mata)..” surah al-Rahman : 56
“Iaitu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing” surah al-Rahman : 72

VII- Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya kumpulan pertama yang akan memasuki syurga bagaikan bulan purnama, kemudian diikuti oleh rombongan berikutnya dan rupa mereka bagaikan cahaya bintang bergemerlapan di langit. Hati mereka satu yang tiada perbezaan dan permusuhan sesama mereka. Masing-masing mempunyai dua pasang bidadari yang sumsum betisnya jelas kelihatan meskipun dilitupi tulang dan daging kerana kecantikkannya.” - HR Bukhari dan Muslim

VIII- Sabda Baginda saw lagi
“Sekiranya seorang bidadari syurga melihat ke bumi, tentulah seisi langit dan bumi menjadi terang dan wangi. Sesungguhnya sehelai kain yang terdapat di atas kepalanya lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya”- HR Bukhari

Jika wajahnya menoleh ke dunia, tentulah seisi langit dan bumi menjadi terang. Cahaya dan kecantikan apakah yang terdapat pada wajahnya, juga bau wangiannya boleh mengharumkan seluruh isi langit dan bumi. Begitulah gambaran wanginya bidadari syurga ini.

Sedangkan tudung yang diletakkan di atas kepalanya lebih indah daripada keindahan dunia dan seluruh isinya sehingga dapat mengalahkan hiasan permata, pemandangan alam semulajadi, istana-istana indah dan lain-lain lagi, maka Maha Suci Allah yang telah menciptanya dan beruntunglah orang-orang yang memperolehinya.

***
Kedudukan wanita mukminah di dalam syurga tentu lebeh afdhal daripada bidadari, lebih tinggi kedudukannya dan lebih cantik daripada mereka. Apabila wanita dunia yang solehah masuk ke dalam syurga, ia merupakan ganjaran atas amal soleh dan penghormatan Allah atas agama dan kesolehannya. Sementara bidadari adalah sebahagian dari kenikmatan syurga dan diciptakan sebagai ganjaran atas amal soleh yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman.

Inilah beza di antara wanita solehah dengan bidadari. Wanita solehah yang masuk syurga menjadi ratu dan pemimpin, manakala bidadari walaupun memiliki kecantikan yan amat luar biasa tetap lebih rendah darjatnya berbanding wanita solehah tersebut. Bidadari adalah pelayan bagi orang-orang yang beriman.
Di harap dengan diketahuinya serba-sedikit bagaimana nikmatnya kehidupan di syurga dapatlah menjadi pembakar semangat bagi kita untuk melipat-gandakan usaha bagi mendapatkannya.

Sentiasalah berdoa bagi mendapat redha Allah dan dipermudahkan jalan untuk menuju ke syurga serta dapat merasai nikmatnya berada di sana.

Semoga kita dikurniakan Allah untuk ditempatkan di syurga di akhirat kelak dan dapat merasai ‘cahaya syurga-Nya’ di sana...Ameen..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar